Tuesday, August 11, 2009

kekecewaan

hmm.
aqu sedey doe.
aqu bwu jeh ngat nk anta article tok majalah ckula
taon nyh.
yelaa, taon akhir aqu kt ckula.
nk jgk ad kenangannya.
tp...

sygnya sidang redaksi da tanak tima lg.
waa. knp lh aqu anta lambat cgt.
iskkkk.

hmm, tp ta ap lh, da ta dpt s0k an lam majala ckula,
aqu taruk cnyh jela ek.

Cerita kami untuk kamu semua.
Pisau Lipat dan Geng Bas MARA (jalan Padang Besar-Kangar)



Suatu hari di suatu kawasan kehijauan, sekumpulan sahabat sedang melakukan penjelajahan di dalam semak untuk mencari cik kumbang bagi mengrealisasikan impian mereka untuk melancarkan “kumbang race”.

Naqhi, Faizi, Ewan, Amar, Pak Din, Tim, Jan, Faisal, dan Mat Kerenyih amat menyayangi tumbuh-tumbuhan merupakan otai kepada rombongan ‘cik kiah’ itu yang terdiri daripada beberapa orang Viva iaitu Ilah, Lily, Juma, Shida dan Nana terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah yang berkemungkinan digunakan untuk menebas lelalang.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat pencarian di dalam semak tersebut, sesiapa yang meninggalkan barang mereka di dalam penjelajahan akan dihukum.

Lalu the otais mengambil pisau lipat tersebut dan mengumpulkan semua member untuk tujuan menghukum sesiapa yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.

“Sapa yang punya pisau dok tauk merata ni?!!” tanya Faizi.

Tak ada seorang pun yang berani mengaku..

Kemudian Amar yang sedari tadi menyepi menyampuk,
“Weh lekas!! mengaku ja la.. lagi pun sebenaqnya aku dah tau sapa tuan punya pisau lipat ni sebab nama dia punya baik terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran hang pa semua untuk mengaku!!!”

“Ha, betui, betui, betui (tanpa salam Ilah pula menyambung.)
Eh, betui ka? Macam tak sure ja.”

Masih tidak ada jawapan dari para member lain.

“Sat, sat mai aku nak tengok.” laung Lily.
Shida dan Juma terus menerpa ingin tahu apa tujuan Lily nak tengok pisau lipat itu.
Adakah ber’azimat’?
Selepas beberapa minit, Lily, Juma dan Shida hanya menggelengkan kepala dan menapak ke belakang kembali.
Setelah beberapa saat mereka berkata “cehhhh”.
(lepas tu? diam saja.)

Faisal, Towey dan Jan hanya melopong tanda terkejut tak faham kenapa “cehhhh”?.
Juma dan Shida mencebik, sambil berfikir tahap kebiolan member-member mereka.

“Kalau tak dak yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!
Awat ha, ingat aku ta kenai ka kalau hang pa buh nickname hang pa ja pun.”
Dengan muka yang dibuat- buat bengis Pak Din mengugut.

Di satu babak, Mat Kerenyih yang dari tadi memerhatikan Pak Din yang konon buat bengis, mukanya telah bertukar kemerahan bak pipi yang disapu blusher. Eh, bukan sebab nak buat-buat marah jugak tapi nak tahan gelak.


Lelain masih diam membisu.

Akhirnya the otais itu tidak dapat bersabar lagi.
Lalu mereka bersepakat dengan lantang menyebut nickname kononnya pemilik pisau itu.
Sementelahan. bergema suara mereka bak Amy Search itu menyebut..

“STAINLESS STEEL!!
Cepat keluaq…!!!”

Hahahahahahahahahahaa..
Tanpa diarah atau dislotkan dalam cerita, bergema bak anak jin Nana mentertawakan mereka sampai naik semput.
Juma, Shida, Lily dan Ilah tersenyum sinis.

Moral: kalau tak tahu jangan buat-buat tahu..hehehe

Tukang karut ; Farhana Ikhwani Shamsinar / Nana KA(2)

Ditujukan khas kepada ; Naqhi 5KM(2), Faizi 5KM(1), Ewan 5Auto, Amar 5KM(2), Pak Din 5Auto, Towey(Khairul) 5Auto, Jan 5KM(2), Mat Kerenyih(Amsyar) 5Auto, Faisal 5Kfl, Ilah 5FS, Lily 5PPN, Juma 5PPN, dan Shida 5KA(2).


PERINGATAN! Hangpa jangan dok lupa aku nohh.

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Online Plagiarism Detection
Copyright © 07122010 Farhana Ikhwani. All Rights Reserved.